Lockheed Martin Aeronautics

Lockheed Martin Aeronautics Company adalah sebuah unit utama bagi firma Lockheed Martin yang beribu pejabat di Fort Worth, Texas.Lockheed Martin Aeronautics juga berpangkalan di Marietta, Georgia dan Palmdale, California. Palmdale juga merupakan pejabat bagi Advanced Development Programs (ADP), yang juga dikenali sebagai "Skunk Works". Pelbagai sub-pemasangan dikeluarkan di lokasi-lokasi seperti di Florida, Mississippi, Pennsylvania dan West Virginia.Syarikat ini memiliki sejarah yang panjang bersama bekas firma Lockheed dan Martin Marietta. Meskipun penubuhan Lockheed Martin pada 1995 berdasarkan penggabungan sama rata, sumbangan terbesar ke atas Lockheed Martin Aeronautics bersumberkan produk-produk dari Lockheed. Ini termasuklah pesawat-pesawat pengangkut seperti C-5, C-130 dan C-141 serta F-2, F-16 (dibeli daripada General Dynamics), F-117, F-22 dan F-35 Lightning II.Projek terpenting firma Lockheed Martin Aeronautics setakat ini adalah F-35 Lightning II (JSF). Dengan nilai potensi sebanyak AS$ 200 bilion, pesanan awal pesawat sejumlah kira-kira 3,000 buah tidak termasuk pesanan hampir pasti bagi pasaran eksport. Pesawat penguasaan udara, F-22, walaupun kecil dari segi jumlah pesanan, masih memberi kepentingan kepada Lockheed Martin (dan Boeing). Lockheed Martin Aeronautics memiliki pendapatan melebihi sedikit AS$ 1 bilion dan memiliki seramai 27,000 pekerja pada 2003.